Saturday 27 July 2013

Isu Tatu Palsu Diperbesarkan, Amanda Imani Terkejut

Isu Tatu Palsu Diperbesarkan, Amanda Imani Terkejut - KUALA LUMPUR : Amanda Imani terkejut apabila tatu palsu yang dipakainya hanya untuk suka-suka diperbesarkan-besarkan oleh akhbar semalam.
“Salah seorang peminat saya menghantar keratan akhbar tentang isu tatu tersebut ke akaun Twitter saya, dan saya sendiri tidak sedar bahawa berita itu telah disiarkan semalam.”
“Saya merasakan perkara ini amat lucu kerana tidak menyangka isu tatu palsu tersebut akan diperbesar-besarkan.”
Di dalam akhbar tersebut, ditulis satu artikel bertajuk Tatu Kaki Amanda yang berkait dengan isu tatu palsu itu. Artikel itu juga dipercayai ditulis dalam ruangan gosip.
Isu Tatu Palsu Diperbesarkan, Amanda Imani Terkejut
Amanda memberitahu bahawa tatu itu ialah pelekat tatu sementara yang diberikan oleh kawannya yang baru pulang sebagai buah tangan.
“Tatu palsu yang saya gunakan itu tidak tahan lama dan ia hanya mampu bertahan selama dua hari sahaja kerana ia akan luntur dengan sendirinya selepas beberapa kali mandi dan dibasuh,” katanya lagi.
Amanda akui bahawa dia tahu menjaga batas-batas sebagai seorang Islam dan akan menghindari diri daripada melakukan perkara-perkara terlarang seperti itu.
“Saya tidak akan mengambil hati jika sesiapa fikirkan itu betul kerana apa yang mereka lihat itu ialah pandangan pertama (first impression) mereka terhadap saya. Tetapi mereka perlu tahu saya masih tahu dan sedar tentang batas-batas sebagai seorang Islam dan tidak akan melakukan perkara seperti itu (memakai tatu kekal),” jelasnya lagi.
Oleh : MyArtis.My

Wednesday 24 July 2013

Gosip Hangat Terkini: Farah Af2 Mencuri Duit & Baju Barangan Penggambaran

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan tentang artis Akademi Fantasia iaitu Farah AF2 yang dituduh mencuri duit dan baju barangan di set penggambaran! Malah baju-baju yang dipinjam untuk mengacara program juga dikatakan tidak dipulangkan kembali. Nampak macam teruk Farah AF2 ini kan? Tetapi jangan tuduh sebarangan, kepada pihak yang mendakwa Farah sebegitu, diminta kemukakan bukti dan laporkan kepada polis! Ini tidak, cuba hendak merosakkan / menjatuhkan imej Farah dengan tuduhan yang tidak mempunyai bukti yang kukuh. Siapa yang hendak sabotaj Farah AF2? Farah ada banyak musuh di dalam industri hiburan?

Farah+Af2+Mencuri+Duit+dan+Baju+Barangan+Penggambaran

Farah AF2 Aktif Bernyanyi - Lagu Sehati Sejiwa

Sebut sahaja Farah Breep Breep atau Farah AF pastinya semua orang mengenali dirinya. Bintang kelahiran Akademi Fantasia musim kedua itu kini kembali aktif dalam bidang nyanyian setelah sekian lama menyepi.

Dia bakal muncul dengan lagu Sehati Sejiwa yang diberi nafas baharu. Lagu itu dijadikan lagu runut bunyi untuk drama Cinderella lakonan Fizo Omar dan Nelydia Senrose.

Farah yang tahun ini berumur 28 tahun, juga sebelum ini cukup sinonim sebagai hos terutama menerusi program Nasi Lemak Kopi O dan Rasa Halal Orient berkata: “Pembabitan saya dengan lagu runut untuk drama Cinderella yang berjudul Sehati Sejiwa ini merupakan suatu permulaan yang baik buat saya untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.”

Baru sahaja muncul kembali, Farah tidak semena-mena dikaitkan dengan gosip ‘panas’ apabila dia ditohmah sebagai individu yang terlibat dengan kes mencuri di set penggambaran sebuah program.

Kes tersebut melibatkan banyak barang yang hilang seperti baju dan duit.

Kontroversi Farah AF2 Didakwa Tidak Memulangkan Baju Yang Dipinjam

Farah didakwa tidak memulangkan semula baju yang dipakainya untuk mengacara dan dikatakan ada satu pihak yang cuba untuk menguji kejujuran Farah dengan meletakkan kertas-kertas yang dicetak saling tak ubah seperti wang kertas ke dalam poket baju yang dipinjamkan kepadanya.

Apabila baju itu dipulangkan, kertas yang konon-kononnya duit itu hilang begitu sahaja.

Kosmo! berkesempatan menemui Farah pada sesi rakaman suara di Studio Camwood, Damansara Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai gosip tersebut.

Farah+AF2+Aktif+Bernyanyi+-+Lagu+Sehati+Sejiwa

Temubual Penjelasan Farah AF2 Bersama Wartawan

Namun, penjelasan yang diberikan oleh pemilik nama sebenar (Gambar) Farah Diana Anuar itu ternyata berbeza dengan gosip yang diuar-uarkan selama ini.

Siapa yang betul dan siapa yang salah sebenarnya?

Kosmo!: Ada gosip baru muncul tentang hos tangan panjang. Desas-desus mendakwa hos itu ialah Farah. Boleh Farah jelaskan tentang dakwaan tersebut?

FARAH: Sebenarnya, kejadian tersebut berlaku pada hari ketiga Ramadan. Tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah lakukan perbuatan terkutuk sebegitu pada bulan Ramadan ini. Ceritanya macam ini, setelah selesai mengacara, saya ke bilik persalinan untuk menukar baju dan di situ terdapat banyak baju. Ketika saya nak pakai tudung, saya ternampak duit yang sudah terkeluar dari satu poket baju. Saya tak tahu mengapa saya terlalu baik hati untuk mengambil dan berniat untuk memulangkan semula duit tersebut kepada pihak yang sepatutnya.

Pihak manakah yang Farah maksudkan?

Kebetulan, ayah saya merupakan bekas pengawal keselamatan di TV3. Jadi, saya fikir untuk menyerahkan duit tersebut kepada ayah saya. Ini kerana ayah saya kenal dengan ramai pengawal di situ dan tahu ke mana duit itu sepatutnya dibawa.

farah-af2-seksi-hot-artis

Apakah tindakan Farah untuk memperbetulkan keadaan pada ketika itu?

Sejujurnya, saya langsung tidak diberi langsung peluang untuk memperbetulkan keadaan tetapi saya dicerca dengan pelbagai tohmahan sehingga saya digelar pencuri, penjenayah dan pendatang. Tiada seorang pun yang bersama dengan (menyokong) saya. Saya cuba untuk hubungi ayah dan suami saya, namun telefon saya habis bateri ketika itu. Jika saya berkata yang benar pun, tidak akan ada yang percaya. Saya hampir pengsan apabila semua orang menyalahkan saya.

Namun, isu ini bukan kali pertama yang mengatakan Farah sebagai seorang yang panjang tangan, tetapi sudah ada kes yang mengatakan Farah juga sebenarnya mencuri iaitu tidak memulangkan semula busana yang dipakai semasa mengacara. Boleh Farah jelaskan?

Sepanjang karier saya, tidak pernah terjadi perkara sebegitu. Semua baju yang saya pakai, saya pulangkan semula. Jadi mana isu yang mengatakan saya tidak pulangkan semula baju tersebut. Selama saya bekerja sebagai duta Power Root dan pengacara, tidak pernah sesekali timbul isu ini, dan jika benar saya lakukannya, sudah lama saya diberhentikan atas tindakan tersebut.

Keluarga+Farah+Af2+dan+Suami

Bagaimanakah akhirnya penyelesaian isu duit tersebut?

Sebenarnya, isu duit tersebut sudah selesai. Tuan empunya duit tersebut sangat bersahaja. Hanya orang di sekeliling yang melebih-lebih.

Tidakkah rasa keterlaluan apabila orang mempunyai prasangka buruk tentang diri Farah?

Sebenarnya, kita tidak boleh lari daripada ketidakpuasan hati orang lain. Saya amat terkilan apabila saya dituduh atas perkara yang saya tidak lakukan itu. Ini merupakan sesuatu yang dirancang untuk menjatuhkan saya!

Apakah ini merupakan satu dugaan buat Farah?

Sememangnya ini merupakan satu dugaan pada bulan puasa, dan saya reda dengan segala yang terjadi. Saya serik untuk lakukan kebaikan, apabila apa yang kita buat telah disalahertikan. Sepatutnya, pada bulan baik ini, buatlah benda yang baik dan jangan hanya menuduh benda yang tidak berasas kerana saya mahu berada lama dalam dunia seni ini. 

Wednesday 19 June 2013

Gambar Shera Ayob Dan Bayinya


Zahiril Adzim menerusi akaun Twitter beliau petang ini menyampaikan khabar gembira di mana isterinya, Shera Aiyob telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki hari ini.
“Syukur Ya Allah. Alhamdulillah. Welcome to the world my boy. Good job mummy @SheraAiyob you did very well! I’m the happiest daddy in the world,” tulis Zahiril Adzim sebentar tadi,
Zahiril Adzim & Shera Aiyob telah selamat mendirikan rumah tangga pada 25 November 2011 di Perak.
Developing…

MENGAPAKAH LELAKI INI MENJUAL BUAH ZAKARNYA?


Mengapakah Lelaki Ini Menjual Buah Zakarnya? | COLOMBIA – Seorang penyair telah menjual buah zakarnya dengan harga RM62,000 bagi membolehkan dia membiayai perjalanannya ke Eropah.

Rafael Medina Brochero, 52, berbuat demikian bagi membolehkan dia mengambil bahagian dalam persembahan `sajak untuk keamanan di Columbia’.

Brochero bagaimanapun tidak menyatakan sama ada kos pembedahan bagi membuang buah zakar itu termasuk dalam bayaran yang diterima itu.

Jelasnya, buah zakar berkenaan boleh digunakan untuk pemindahan organ dan ia juga dijadikan sup.

Meskipun ia dilihat sebagai cara paling terdesak untuk mendapatkan wang, namun Brochero melihatnya sebagai satu nilai tambah baginya.

Brochero melakukan perkara itu kerana tidak mahu kejadian sama berulang ketika dia melawat Bolivia tahun lalu.

Akibat kehabisan wang, dia terpaksa menjual cincin perkahwinannya.

Dalam pada itu, penulis buku `”The Red Market: On the Trail of the World’s Organ Brokers, Bone Thieves, Blood Farmers, and Child Traffickers” (Harper Collins), Scott Carney berkata, apa yang dilakukan oleh Brochero itu perlu dilihat sebagai projek seni.

[7 GAMBAR] SUBHANALLAH!!!BAYI LAHIR DALAM BAYI?


[7 GAMBAR] SUBHANALLAH!!!BAYI LAHIR DALAM BAYI? | Kejadian Pelik apabila bayi yang di lahirkan terdapat bayi di dalam perutnya, inilah kejadian kebesaran Allah dimana Afiah Syafina, seorang bayi perempuan berusia 2 bulan, anak dari pasangan Bambang Sarianto dan Syarifah yang keduanya berkerja sebagai Guru Sekolah di Tebing Tinggi, Bayi pasangan ini mengalami Perut Buncit, yang setelah dicheck dianggap Tumor yang harus segera dibedah.

Saat pasangan ini menjumpai Prof.dr.Chairuddin P.Lubis, beliau Secara langsung menghubungi Pak Biebie (Rtn.Kentjana Salim) dari Rotary Club Deli Medan.

Rotary Club Deli Medan cepat kesana dan membantu pembiayaan biaya pembedahan dan rawatan di Rumah Sakit Gleni International Medan.

Dengan ditemani oleh Dr.Djeni Bijantoro SBB SPBA, Operasi pembedahan dilaksanakan pada hari Sabtu, 19 Januari 2008 dari jam 08:00 - 11:30

Hasilnya cukup mengejutkan dan ternyata yang disangka Tumor itu adalah Janin berusia 5 bulan!!

Saat ini si kecil Afiah dalam keadaan sihat.

Berikut adalah gambar-gambarnya. Dari Rtn.Paul - Rotary Club Deli Medan






KISAH BENAR: PENGALAMAN HJ LOKMAN ‘MEMBERSIHKAN’ JIN DI KAWASAN AYAH PIN


Kisah Benar: Pengalaman Hj Lokman ‘Membersihkan’ Jin Di Kawasan Ayah Pin | Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama…

Pengalaman Haji Lokman dalam membersihkan Jin di kawasan Kerajaan Langit Ayah PinRamai yang tak tahu cerita sebenar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin.

Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970an lagi.

 Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut.Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.

Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut.

 Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.

Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.

Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.

Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.

Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.

Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.


Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.

Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.

Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Hj. Lokman
19 November 2010

Tuesday 18 June 2013

Sadis!! Sangap Punya Pasal Sanggup Gali Kubur Dan Rogol Mayat Dara

sadis kubur digali gadis dirogol 2Sadis!! Sangap Punya Pasal Sanggup Gali Kubur Dan Rogol Mayat Dara | Tadi Dr Fuh ada terbaca satu berita jenayah kejam tahap syaiton nirrojim dimana jenayah ini berlaku di negara jiran kita sendiri iaitu di Indonesia. Jom baca berita penuh dan saksikan gambar kekejaman manusia durjana!
INDONESIA. Warga Jalan Pertahanan, Desa Patumbak, Pasar VII, Kabupaten Deli Serdang digemparkan dengan kes pembongkaran kubura seorang gadis bawah umur siswi SMP PAB yang baru sehari dikebumikan. Tidak hanya membongkar, pelaku juga memperkosa mayat gadis dara itu. Seluar dalam seorang lelaki telah ditemui dalam lubang kubur tersebut.
sadis kubur digali gadis dirogol Sadis!! Sangap Punya Pasal Sanggup Gali Kubur Dan Rogol Mayat Dara
Kegemparan itu bermula ketika Raswati (54), penjaga kubura mendapat laporan dari adiknya, ada kubur digali dan ada mayat perempuan telanjang, Setelah mendapat laporan itu, Raswati terus bergegas ke lokasi penemuan.
Memang benar mayat Elatriyana br Ginting (15) warga Dusun Iditemui di luar kuburnya dalam keadaan yang amat menyedihkan dimana kain kafan yang menutupi tubuhnya bersepah dua meter dari lubang kubur. manakala tiada sehelai benang pun menutupi tubuh jenazah pelajar SMP PAB 5 Patumbak, Indonesia itu.
“Aku datang kemari, mayatnya sudah keluar dari kuburnya dengan posisi telentang tanpa sehelai benang pun melekat ditubuhnya. Sedangkan kain kafannya sudah berserakan,” kata penjaga kubur itu kepada wartawan.
sadis kubur digali gadis dirogol 2 Sadis!! Sangap Punya Pasal Sanggup Gali Kubur Dan Rogol Mayat Dara
Mayat gadis yang terbunuh dalam peristiwa kemalangan tak jauh dari rumahnya itu bukan sahaja dikeluarkan dari kuburnya, malah dirogol pula dengan begitu zalim. Hal itu diketahui setelah pihak hospital melakukan siasatan dan pemeriksaan pada kemaluan mangsa dimana terdapat percikan sperma.
Dr Fuh -  Allahu Rabbi. Sadis sungguh manusia sampai mayat pon maju dijadikan pemuas nafsu serakah. Sadis sungguh kisah ini walaupun tidak berlaku di Malaysia. Semoga pesalah mendapat balasan yang setimpal dan semoga kita dijauhkan dari perkara durjana sebegini.

Subhanallah!! Warga AS Peluk Islam Selepas Melihat Susunan Saf Solat

Subhanallah! Warga AS Peluk Islam Selepas Melihat Susunan Saf Solat
 
 Digg1  1  1  10
Subhanallah! Warga AS Peluk Islam Selepas Melihat Susunan Saf Solat | Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca blog fuh.my yang budiman. Tadi Dr Fuh ada terbaca satu laman berkenaan orang Amerika memeluk Islam setelah melihat satu peristiwa yang mengujakan. Jom kita ba kisah ni dan hayati bertapa besarnya kekuasaan Allah.
Dalam satu program bertajuk ONE FAMILY dalam saluran Majd Channel, Moderatornya ialah Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee) menceritakan sebuah kisah tentang seorang lelaki Amerika bukan Muslim yang berbincang dengannya mengenai Islam ketika sedang menonton siaran langsung Solat Isha’ dalam bulan Ramadhan di Makkah.
Lelaki Amerika itu sangat terkejut melihat keadaan umat Islam melalui kaca TV itu, melebihi 3 Juta orang yang berhimpit antara satu sama lain di dalam Masjidil Haram pada malam terakhir di dalam bulan suci Ramadhan itu, terlalu ramai dan sangat tidak terurus.
subhanallah kaabah 2 Subhanallah! Warga AS Peluk Islam Selepas Melihat Susunan Saf Solat
Sheikh tersebut bertanya kepada lelaki Amerika itu
” Berapa lama kamu fikir mereka akan menguruskan diri masing-masing untuk berada dalam barisan dan memulakan solat?
Lelaki Amerika itu menjawab
” Sekurang-kurangnya 2-3 jam”
Sheikh itu berkata
” Tetapi Masjidil Haram mempunyai 4 aras?”
Lelaki itu menjawab
” Oh, kalau begitu pasti akan mengambil masa lebih kurang 12 jam!”
Sheikh itu berkata lagi
Kamu bayangkan bahawa mereka datang dari seluruh pelusuk dunia dengan berlainan bahasa, mungkinkah mereka dapat berada dalam satu barisan untuk memulakan solat?”
Lelaki Amerika itu menjawab
” Jika begitu amat mustahil bagi mereka untuk menguruskan diri agar berada dalam satu barisan untuk memulakan solat!!”
Dan apabila waktu solat sudah pun tiba, Sheikh Abdul Rahman As-Suddais berdiri tegak lalu melaungkan kalimah
” Rapatkan Saf… “
Dan dalam beberapa saat saja, seluruh pemandangan di Masjdil Haram berubah serta merta dan 3 Juta Muslim sebentar tadi telah tersusun rapi dalam barisan hanya SEKELIP MATA.
subhanallah kaabah 11 Subhanallah! Warga AS Peluk Islam Selepas Melihat Susunan Saf Solat
Lelaki Amerika itu memandang kaca TV sejenak lalu beliau berkata
“ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH”
I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger
Allahu Rabbi! Lihatlah betapa ajaibnya Islam, hanya kerana saf salat saja boleh menarik penganut agama lain untuk yakin dengan agama mulia ini – sumber asal

AWAS! TEKNIK JENAYAH TERKINI, TUDUHAN MENCULIK


Awas! Teknik Jenayah Terkini, Tuduhan Menculik | Sedang saya menikmati Tutti Frutti saya.., tiba2 datang seorg kanak2 lelaki Melayu dlm lingkungan umur 8 tahun. Duduk disebelah meja saya & berkata: Pakcik., mahal tak ice-cream tu? Dia ada jual sikit2 tak?

Saya jawab: Kalau adik ambil banyak, kena la bayar lebih.

Beliau terus mengajukan soalan demi soalan, tapi saya mendiamkan diri. Mungkin anda anggap saya sombong atau angkuh. Mungkin ada yg berkata: Ala ice-cream mcm tu pun nak berkira., belikan la aje kat budak tu."

Sebenarnya rakan saya ada yang dah terkena. Beliau didatangi oleh budak seperti ini, & beliau belanja dia Tutti Frutti. Duduk berbual dgn budak tu, dlm masa 5 minit 2 lelaki berusia approach dia dan berkata "Awak culik anak saya ye"...budak tu pun berkata: Ayah ni la pakcik yg suruh saya naik kereta dia.

Pendekkan cerita, rakan saya diugut supaya bayar RM1,000 kalu tak hendak perkara itu dilaporkan pd polis. "Ayah" budak tu siap tunjuk laporan polis yg dibuat yg mengatakan anak dia hilang & diculik. Utk tidak kecoh rakan saya ke ATM machine & bayar Ayah budak tu. Mereka hilang setelah mendapat RM1k.

Cara baru warga kota cari duit di KL ketika musim cuti sekolah ini. Oleh itu., saya berhati2 & tidak layan budak itu. Bukan saya kedekut tapi mengapa budak 8 tahun jalan seorg diri & datang tanya kat saya pasal ice-cream?

Kami just sharing dari cerita salah seorang hamba Allah. Ambil ikhtibar dari ceritanya dan sampai anda menjadi mangsa sindiket tersebut.

Beginilah Proses Pembuatan Tuala Wanita Buatan Negara China..

Beginilah Proses Pembuatan Tuala Wanita Buatan Negara China..Mahu tahu..Jom lihat..cekidot..







Hukuman Membotakkan Kepala Bagi Wanita Perancis Yang Di Dapati Curang Dengan Tentera Jerman Pada Masa Dulu

Hukuman tersebut dilakukan oleh tentera Perancis kepada para wanita yang kantoi curang dan melayani nafsu sex tentera Jerman pada tahun 1944 setelah kemerdekaan. Kebanyakan mereka ditangkap dan dicukur hingga pelontos kepalanya sebagian lainnya dipukul oleh para tentera Perancis. Begitulah keadaan kehidupan wanita dalam sebuah negara jajahan, keadaan tersebut hampir terjadi pada setiap negara yang dijajah pada jaman kolonialisme, ada pelbagai macam alasan yang melatar belakangi perilaku sex para wanita sebuah negara mangsa penjajahan, boleh kerana alasan ekonomi, keperluan atau bahkan pengkhianatan.