Wednesday 5 June 2013

Durian Crepe – Jom Buat Sendiri

Tak leh jadi nih. Semua orang tak kira kat blog, kat FB, kat magazine, asyik dok citer pasal Durian Crepe. Sedap sangat ke makanan nih..? Sebenarnya 3-4 tahun lepas daku penah terbeli mango crepe yg ada jual di salah satu kios di Mid Valley. Durian crepe pun ada jual sama tp zaman tu durian crepe ni tak menjadi sebutan langsung spti fenomena beliau saat ini.
Jadi bila seantero dunia Malaysia dok cerita ttng kesedapan durian crepe ni membuatkan daku pun teruja nak menikmati beliau. Pada hakikatnya daku bukanlah seorang pemakan durian tegar kecuali bila ia dah dijadikan tempoyak/gulai barulah daku ada selera nak makan. Namun baru2 ni semasa mr suami ke Balik Pulau, Penang (ceritanya di SINI), beliau dgn jayanya telah memborong beraneka buah-buahan tempatan termasuklah Buah DURIAN yg menjadi kegilaan beliau. Terkejut monkey daku dibuatnya dgn hasil borongan tersebut. Nasib baik Durian crepe sedang menjadi fonemena skrg. Jadi adalah idea daku nak menyetelkan durian2 nih selain dimakan mentah begitu saje.
Rupa2nya senang je pun nak buat durian crepe nih. 10x kelip mata je. percayalah. heh. Sebenarnya daku banyak belajar buat makanan ni dari blog2 masakan di luar sana. Tak perlu pergi kelas masak pun!. Salah satu blog yg memberi penerangan yg lengkap adalah di blog www.mylovelyfamily-ana.blogspot.com. Manakala resepinya pula daku ambik dari blog ??.. eh..lupa pulak blog mana. Sebenarnya ada pelbagai versi resepi yg bertebar di luar sana tapi daku tertarik dgn resepi yg di bawah ni krn ia menggunakan 4 jenis tepung. Kalau guna tepung gandum semata-mata, daku rasa macam buat kuih ketayap pulok :o
 RESEPI DURIAN CREPE
-20gm tpg gndum (daku jadikan 30gm)
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdb myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pewarna kuning
Cara membuatnya :-
Masuk sume bhn dlm mngkuk. sebatikan dgn whisk dan tapis. kalau pekat just tmbh air sikit..
Ambil sesenduk kecil. Tuang adunan dlm kuali yg dipegang..
Layangkan kuali agar adunan sekata dan menipis.
Masak atas api kecil. Masak hingga kering. Angkat..tk perlu terbalikkan masa angkat tu (sila abaikan kewujudan kuali karat tersebut)
adunan tadi boleh menghasilkan kira2 7-8 keping kulit bergantung saiz senduk bila menebar adunan dlm kuali tadi
Untuk membuat inti/filling, bahan2 yg diperlukan :-

150ML FRESH CREAM (pastikan pada kotaknya ditulis Non-dairy) – diputar hingga kental/kaku
isi durian (biji xmau) – nak sedap, guna la durian musang king. yang ni daku guna durian 101
fresh cream diputar kaku macam kejadian atas ni !
Cara-cara melipat Durian Crepe :-
bentangkan crepe atas pinggan leper. letakkan fresh cream kental (agak2 sesudu)
letak pula isi durian
letak lagi fresh cream di atasnya..
lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..
Tara… siaplah sudah Durian Crepe yg menjadi fenomena sekarang ni !
Amacam ! senangkan nak buat nya? Rasanya pun sodap. Apa lagi kawan2. Kalu ada durian terlebih tu moh la buat Durian crepe pulak !
disebabkan mr suami beli durian banyak sangat, jadi daku buat crepe pun banyak keping juga. sebahagiannya daku jadikan buah tangan semasa menghantar rombongan kenduri kawin adikku Na ke rumah mertua beliau baru2 ni. Sebelum berpisah, terima kasih kepada penyumbang resepi hebat ini. (nanti kalu dah jumpa blog mana, akan daku link kan blog beliau).

No comments:

Post a Comment