Wednesday 19 June 2013

MENGAPAKAH LELAKI INI MENJUAL BUAH ZAKARNYA?


Mengapakah Lelaki Ini Menjual Buah Zakarnya? | COLOMBIA – Seorang penyair telah menjual buah zakarnya dengan harga RM62,000 bagi membolehkan dia membiayai perjalanannya ke Eropah.

Rafael Medina Brochero, 52, berbuat demikian bagi membolehkan dia mengambil bahagian dalam persembahan `sajak untuk keamanan di Columbia’.

Brochero bagaimanapun tidak menyatakan sama ada kos pembedahan bagi membuang buah zakar itu termasuk dalam bayaran yang diterima itu.

Jelasnya, buah zakar berkenaan boleh digunakan untuk pemindahan organ dan ia juga dijadikan sup.

Meskipun ia dilihat sebagai cara paling terdesak untuk mendapatkan wang, namun Brochero melihatnya sebagai satu nilai tambah baginya.

Brochero melakukan perkara itu kerana tidak mahu kejadian sama berulang ketika dia melawat Bolivia tahun lalu.

Akibat kehabisan wang, dia terpaksa menjual cincin perkahwinannya.

Dalam pada itu, penulis buku `”The Red Market: On the Trail of the World’s Organ Brokers, Bone Thieves, Blood Farmers, and Child Traffickers” (Harper Collins), Scott Carney berkata, apa yang dilakukan oleh Brochero itu perlu dilihat sebagai projek seni.

No comments:

Post a Comment